Kayuhan liar ke PD,28-30.May.2010
Ini lah tarikh bermakna dalam hidup aku,sebab tarikh ni yang akan membuat aku mengayuh ke PD,kayuhan ni dah lama aku plan ,ketika itu aku tengah bercuti di Langkawi.
Aku terlalu excited dengan kayuhan ni,sampai aku amik cuti 5 hari beb,HAHAHAHA.ye laaa first time beb aku berkayuh ke luar dari KL,lagi pun sebelum-sebelum ada kawan-kawan aku yang telah buat kayuhan dari KL ke Melaka,KL ke Pulau Penang,dengan sedikit cerita dari mereka ,kata-kata semangat dan rasa ingin cuba ,aku plan buat kayuhan ni.Khamis malam,lepas aku habis kerja,aku mengayuh ke Puchong,mahu berjumpa Kenet,dan berehat di sana dan berfoya-foya sebelum memulakan kayuhan untuk esok.
Jumaat,28.May.
Pagi tu aku tidur lambat , dah lah lepak sampai pecah pastu tak boleh nak tidur,maybe excited sangat kot.HAHAHAHA .Tapi aku berjaya juga melelap kan mata ,dalam tengahari aku terjaga,pastu aku tidur balik .Masa tu aku dan kenet tengah tunggu Wan Omar(si bhutan)dari JB,sebab dia dia pun follow sekali ride ni.Dalam petang pukul 5 baru lah aku terjaga dari tidur,aku bersiap-siap ,nak ke putrajaya kerana kayuhan aku akan bermula di sana.Aku buat bike check dulu di rumah Wan Koko,dan check barang-barang yang mahu di bawa takut ada yang tertinggal.Dari Puchong ke Putrajaya "Besi-besi Jadian"kita orang di letak dalam kereta,kita orang berehat buat kali terakhir sebelum kayuhan bermula.Setelah sampai di Putrajaya kita orang lepak dulu di kedai mamak untuk makan dan minum sambil buat bike check basikal masing-masing
Ride ni kita orang pergi seramai 5 orang aja,iaitu aku(JOKER),KENET,MAN CACING,RUSDHAN(Cendol)dan WAN OMAR(Si Bhutan Gorila) Dalam pukul 9 malam,kita orang dah start mengayuh ,yang mengetua ride ni ialah Man Cacing,HEHEHEHE.Sebab dia yang bawak jalan,berpandukan google map tempat yang bakal kita orang lalui ialah bermula dari
Putrajaya,Dengkil,Sepang,Salak tinggi,Bandar Baru Enstek,Springhill,Lukut dan barulah kita orang sampai Port Dickson.
Kita orang kayuh chill-chill aja,tapi aku memang tak kan lupa bukit yang depan balai polis sepang,memang mencabar,HAHAHAHA.Sebab dalam ride ni bukit tu je lah yang paling rabak di antara bukit-bukit yang aku lalui masa tu.
Kita orang berhenti berehat buat pertama kali di Stesen Minyak Shell di kawasan Salak Tinggi.
Kita orang berehat dalam masa setengah jam,kita orang meneruskan kayuhan untuk ke destinasi yang berikut.Setelah berkayuh dalam masa sejam kita orang berehat di Persiaran Melinia iaitu di kawasan Bandar Baru Enstek(sempadan KL, Negeri Sembilan,kita orang mula mengayuh balik ,sambil mengayuh Man berpesan,
"Lepas ni kita akan lalu jalan yang gelap dan di hiasi ladang pokok getah dan ladang-ladang kelapa sawit,so semua orang berjaga-jaga yea,tak nak ada pekara buruk"
Lepas man cakap macam tu,macam-macam aku fikirkan,jantung aku berdegup laju fikiran aku jadi celaru,rasa macam nak berhenti mengayuh pun ada pada masa tu,tapi di sebabkan keadaan tempat yang aku lalui macam tak mengizinkan untuk aku berhenti aku terus kan mengayuh,kata hati aku pada masa tu.Tiba-tiba aku rasa macam di tinggalkan oleh mereka,masing-masing semua mash dalam hati aku berkata "dorang dapat rasa ker apa yang aku rasa dan apa yang aku fikirkan skang ni" jalan memang agak gelap,dengan lagi masa tu keadaan sejuk,jalan hanya nampak bila di suluhi dengan lampu basikal depan aja.Pada masa tu jalan memang sepi tak banyak kenderaan lalu ikut jalan tu ,masa tu memang macam-macam aku fikirkan,hanya tuhan aja yang tahu ,aku teruskan mengayuh,kayuh,kayuh,dan kayuh lagi tiba-tiba aku rasa basikal aku jadi berat,aku rasa macam ada benda berat yang aku bawak,aku terus mengayuh aku tak nak melayan prasaan aku,aku tak puas hati sampai satu tempat aku behenti seorang diri aku check basikal aku,rupa-
rupa nya basikal aku tiup belakang bocor.
Aku tukar tiup,masa tu barang-barang semua ada,so buat kerja senang tak ada masalah,sambil aku tukar tiup kenet sempat memvandal di kawasan situ,setelah siap menukar tiup kami meneruskan perjalanan,Selepas 10 minit dari tempat aku menukar tiup kita orang melalui satu bukit pendek yang mencabar,pasa masa tu Wan Omar dah pecah aku dapat rasakan yang bukit tu memang dia akan tolak,aku berhenti di satu tiang lampu,dan lampu itu aja lah yang memberi cahaya kepada jalan yang gelap di kawasan situ Aku,Cendol dan Man berehat di kawsan itu sambil menunggu Kenet dan Wan Omar yang berada di belakang,ternampak lampu basikal yang datang ke arah kita orang,tetapi Kenet dan Wan Omar tidak berhenti terus mengayuh laju sambil Kenet memberi hint terus gerak,kayuhan masing-masing masa tu memang laju,rasa macam le tour di langkawi plak,HAHAHAHA.Akhir nya kita orang keluar juga dari Kawasan Enstek tu kita orang berhenti berehat sebentar di Taman Gadong Jaya kerana Wan Omar masa dah PECAHHH.
Pada masa tu,aku berfikir apa yang telah berlaku dengan Kenet dan Wan Omar hinggakan dia orang tak berhenti di tempat yang kita orang berhenti? ? ? ? ?
Lepas berehat kita orang meneruskan kayuhan,kayuh,kayuh,kayuh,kayuh sehingga lah kita orang jumpa singboard ni,
Pada masa tu hati aku memang suka sangatlah dan tak percaya apa yang aku nampak kat singboard tu PORT DICKSON 23KM lagi .Kita orang teruskan kayuhan,kali ini kayuhan kita relak-relak sebab lalui kita orang melalui kawasan kampung so hati aku masa tu pun dah mula ok dah tak risau,HEHEHEHE.
Kita orang lalui Kampung Gadong Jaya,Sendayan,Kampung Jimah Baru,Silau,Springhill dan baru lah kita orang sampai di pekan Lukut,masa tu kita orang sampai dalam pukul 3 macam tu lah pada waktu tempatan ;)
Kita orang berehat di 7Eleven pekan Lukut masa tu muka masing-masing memang dah tak boleh blah,semua muka mintak-mintak je,HAHAHAHAHA.
Kita orang lepak kat 7Eleven tu agak lama,sebab time kita orang sampai kat situ terlalu awal,budjet kita orang sampai pekan Lukut dalam pukul 5,6pagi .Disebabkan kita orang sampai awal kita orang terpaksa mencari tempat berteduh untuk merehat badan kita orang yang dah penat gile ni,pecah jangan cakaplah sampai cakap pun tersalah-salah,HAHAHAHAHA.Kita orang bersiap dan meneruskan kayuhan ke tempat destinasi kita orang iaitu Port Dickson,setelah berkayuh selama setengah jam aku sudah nampak permandangan pantai,dan kita orang mengambil keputusan untuk portkan diri di tepi pantai,syukur ada pondok besar ,muat untuk kami berlima tido dan berehat di pondok itu.Terima Kasih Pondok ;)
Dan aku pun melelapkan mata untuk buat seketika,sambil tidur mengukirkan senyuman gembira ,HEHEHEHE.
Cerita akan di sambung lagi,kerana mata si penulis dah agak berat dan perut telah berbunyi-bunyi dan movie yang aku nak tengok pun dah abis download,wait for next story yaaa ;)