Bila petang menjelma mesti perasaan boring,bosan tu datang menjelma,kenapa lah hidup aku mesti lalui masa yang macam ni,sedangkan banyak benda dan kerja boleh d buat ketika petang itu menjelma tetapi otak ku tidak mampu berfikirkan apa-apa yang perlu aku buat ketika masa petang itu berlalu,berkerja mahu tidak bekerja mesti aku akan rasa pekara ini hari-hari.Teringat aku di zaman kanak-kanak masa petang aku selalu di isi dengan bermacam-macam aktiviti,bermain bola,main nyorok-nyorok,main polis and thieves dan masa itu aktiviti aku memang penuh aktiviti macam kanak-kanak di kampung beza nyer aku hidup di bandar so sungai tak ada,kalau ada sungai aku rasa memang sekarang ni aku dah pandai berenang,HEHEHEHE.Kalau korang nak tahu aku memang tak pandai berenang,itu pasal kalau banyak member-member ajak pergi mandi-manda aku menolak pelawaan dia orang,HEHEHEHEHE.Sambung balik cerita tadi...dah sampai mana yea? ?arrr cerita petang,terus terang aku rindukan zaman kanak-kanak aku,walaupun bagi aku zaman sekarang dah moden,aku percaya kanak-kanak zaman sekarang tak dapat rasa apa yang aku rasa ketika zaman kanak-kanak aku.Adakah tahun 2020 permainan guli,batu seremban senang citer permainan tradisional ada lagi pada zaman tu? ? ?
Zaman sekarang permainan kanak-kanak dah maju,ada PlayStation,PSP,Internet dan etc tapi mampukan mereka merasai zaman ketika aku kanak-kanak dulu? ?.Memang kemajuan itu amat penting untuk sesebuah negara,tapi percaya lah,kerana kemajuan lah manusia mampu berpecah belah dan lupa asal usul kita,aku akui aku pun ada terasa seperti itu,tapi kita manusia memang tak kan lari dari melakukan kesilapan,dan kalau aku mampu berpatah balik dalam hidup aku,akan aku betulkan balik jalan hidup aku masa lampau dan tak ada lah aku rasa bosan di PETANG ini.
3 days ago
No comments:
Post a Comment